CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 31 August 2012

GANGNAM (Super Nogori) Style


* dy try utk promote negeri sembilan tetapi dengan tarian dy y "BEST"???
* sharing2 video to make semua ank jati negeri sembilan proud of diz video
* juz want to make all my blog reader happy =)

Saturday 10 December 2011

bile bosan menimpa!!!!!

SALAM
tuday rse bosan n layan cite KUM KUM THE MOVIE...syok jgak la tgk cite hantu sowg2.....tp ape2 pn dengan broadband CELCOM yang ad aku akn gune kan dengan jayanye dengan melihat facebook,youtube,tonton n byk lg la....


tp kan aku still bosan...selalunye aku ade teman.....nk tau sape????sure2 la mak aku...sb kedai nie bagaikan opis bg die la.....tp arinie die pg kuar ngn kwn die (NEN TERBABO).....konon - kononnye nk pg umah owg kawin la,,,tp da pukul 5 kot....xsmpai2 lg kat kedai nie....tlg owg tu basuh pinggan kew.....ish nie nk balik awl nie....
ok cukup utk hari  nie....besok mgkin akn bertemu lg..amin.....


Tuesday 10 May 2011

SIFAT LELAKI YANG DI SUKAI PEREMPUAN


1) Percaya diri
Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik dan berani mencuba sesuatu yang baru. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.


2) Lucu
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya. Jangan bercakap terlalu serius atau buat-buat ketawa, tetapi berpada-pada dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya atau isterinya, terutamanya apabila si dia sedang bersedih.


3) Romantik
Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Lelaki seperti ini memang selalu punya tempat tersendiri di hati kaum wanita. Siapa yang tidak ingin punya pasangan yang romantis. Namun harus diingat, romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada, tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.


4) Bijak dan cerdik
Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik, tetapi penampilan dan cara pembawaan diri menjadi perhatian. Lelaki juga perlu cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.


5) Menjaga penampilan
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Lelaki yang pandai menjaga penampilan serta sentiasa kelihatan bersih, kemas, segak, menarik, dan berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Penampilan yang baik menunjukkan lelaki mampu menghargai dirinya. Kuku turut memainkan peranan yang penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.


6) Soleh
Wanita juga suka kepada lelaki yang soleh dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
7) Sopan
Lelaki sopan amat disukai oleh wanita apalagi kalau berhadapan dengan keluarganya, lelaki perlu tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
8) Punya pendirian 
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji apabila telah berjanji.

9)  Lelaki jujur
Wanita sukakan lelaki yang jujur dalam perhubungan. Wanita paling tidak suka jika ada lelaki yang menipu walaupun melibatkan hal-hal kecil kerana wanita amat mementingkan kejujuran dan jika mempunyai masalah wanita sanggup berkongsi masalah bersama-sama bagi menghilangkan beban pasangannya.

10) Lelaki yang memahami
Wanita inginkan lelaki yang memahami diri mereka dan memahami setiap tindakan mereka. Wanita tidak suka dikongkong oleh lelaki dan tidak suka jika keinginan mereka dihalang.

11) Lelaki bertanggungjawab
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

12) Lelaki setia
Wanita memerlukan lelaki yang setia dan penyayang dalam perhubungan. Wanita mana yang suka jika teman lelakinya mempunyai wanita lain selain dirinya.

13) Lelaki penyabar
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas. Wanita juga suka lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

14) Lelaki yang mempunyai pekerjaan
Wanita lebih memilih lelaki yang mepunyai pekerjaan, penghasilan yang cukup dan tidak bergantung  kepada orang tuanya sebagai pasangan hidup kerana inginkan masa depan yang lebih terjamin.

Friday 25 March 2011

RAHSIA AWET MUDA....

Ramai yang mengeluh kulit wajah nampak lebih matang berbanding usia.. Jadi, untuk mengatasinnya, ada 7 rahsia agar kamu nampak lebih muda.


1. Berasa bahagia
Berasa bahagia merupakan salah satu cara untuk kelihatan awet muda. Dalam setiap kegiatan, hindari aktiviti yang boleh menyebabkan kamu terasa stress, rasa bersalah dan tertekan kerana paksaan orang lain. Ingat, apa yang kamu rasakan akan tercermin pada wajah. Jadi orang yang bahagia, wajahnya akan nampak berseri-seri dan muda daripada usia sebenarnya.


2. Banyak bergerak.
Olah raga adalah salah satu cara untuk awet muda. Lakukanlah joging, berjalan cepat, ataupun berenang. Dengan cara ini risiko diserang sakit jantung, osteoporosis, dan kanser akan berkurangan. Bahkan olahraga ini juga mampu mengurangkan stress, menguatkan tulang dan menambahkan kekuatan otot.


3. Vitamin C
Vitamin C boleh diperoleh daripada buah-buahan segar, terutama sekali limau, sayuran hijau dan suplemen vitamin C. Vitamin C terbukti dapat meningkatkan daya tahan tubuh, dan mengurangkan risiko diserang kanser. Di samping itu juga banyakkan minum air putih kerana ia akan mengurangkan tekanan, menjaga kesegaran kulit serta melancarkan fungsi organ tubuh.


4. Gunakan pelindung UV
Matahari merupakan salah satu faktor utama penyebab terjadinya proses penuaan. Oleh sebab itu selalunya menyapu losen pelembap pada kulit agar kulit tidak terbakar oleh sinar matahari, terutama sekala sinar UV.


5. Rehat yang cukup
Setiap indivdu perlukan sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari untuk tidur. Rehat yang cukup amat bermanfaat untuk menghindari terbentuknya kesan lebam bawah mata, kulit kering dan wajah nampak kusam.


6. Perhatikan penampilan
Penampilan dan riasan wajah juga memainkan peranan yang penting. Meskipun usia semakin bertambah, namun jangan biarkan wajah kosong tanpa mekap. Gunakan mekap yang nipis untuk kesan yang semula jadi.


7. Percaya diri
Jangan mudah mengalah dan berputus asa. Jika kamu rajin berusaha, kamu akan mendapat hidup yang lebih bahgia dn sihat.

Wednesday 23 March 2011

                           HANG OUT WIT MY FRENZ